MEXICO – Pelumba Mexico, Sergio Perez berharap penyokongnya memberi sokongan padu bukan kepadanya saja malah kepada rakan sepasukannya, Max Verstappen menjelang Grand Prix (GP) Mexico pada hujung minggu ini.
Baru-baru ini, sewaktu di GP Amerika Syarikat (AS) Verstappen dikecam sewaktu menaiki podium selepas melakar kemenangan perlumbaan tersebut baru-baru ini.
Justeru, Perez berharap peminat F1 di Mexico memberi sokongan padu kepada Red Bull Racing pada hujung minggu ini.
“Perlumbaan hujung minggu adalah paling penting musim ini dan saya tidak sabar untuk memulakan perlumbaan dalam laman sendiri.
“Sokongan di Austin sangat gila. Jadi, saya tidak dapat bayangkan bagaimana Mexico nanti. Ia akan menjadi sangat istimewa. Saya optimis untuk melakukan terbaik.
“Saya mahu semua penyokong Mexico keluar, tetapi bukan memberi sokongan kepada saya tetapi seluruh pasukan Red Bull,” kata Perez yang menamatkan saingan tempat ketiga berturut-turut di Mexico.
Perez ketika ini dalam tekanan apabila dia hanya mampu melakar dua kemenangan perlumbaan pada peringkat awal musim ini sebelum prestasinya dilanda kemerosotan.
Disebabkan itu, timbul spekulasi bahawa pelumba berusia 33 tahun itu bakal meninggalkan Red Bull selepas gagal mencapai keputusan terbaik setanding rakan sepasukannya, Verstappen. – AGENSI