PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir ekoran ramalan hujan lebat serta angin kencang melibatkan hampir seluruh negara malam ini.
MetMalaysia dalam kenyataan di laman sesawang memaklumkan ribut petir diramal berlaku satu dua tempat di Perlis, Kelantan, Terengganu dan Pahang.
“Bagi negeri Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan Negeri Sembilan juga turut diramal hujan.
Tambah MetMalaysia, ribut petir juga diramal berlaku di Sabah, iaitu di Pedalaman dan Wilayah Persekutuan Labuan.
“Manakala di Sarawak, kawasan Pantai Barat, Sandakan, Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang turut diramal dengan cuaca buruk itu,” katanya dalam hantaran yang sama. – KOSMO! ONLINE