PETALING JAYA – Cuaca buruk diramal berlaku hampir di setiap negeri sehingga pukul 5 petang, hari ini.
Menurut laporan oleh Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) di laman Facebook, cuaca buruk dilaporkan melanda negeri Johor, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang dan Selangor.
“Keadaan yang sama turut dijangka melanda Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka,” jelasnya.
Tambah MetMalaysia, antara kawasan lain yang diramal dilanda ribut petir petang ini adalah di kawasan pedalaman melibatkan Kedah, Perak dan Terengganu.
Di Sabah, cuaca buruk itu lebih tertumpu di Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan, Tawau dan Kudat.
“Kawasan yang diramal dilanda hujan lebat di Sarawak adalah di sekitar Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.
“Cuaca buruk tersebut dijangka berterusan sehingga pukul 5 petang ini,” menurut kenyataan tersebut. – KOSMO! ONLINE