fbpx

Bad sentiasa dahulukan orang tersayang – Ashira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Bad Indigo, Ashira.

PETALING JAYA – Meskipun sudah lama bercerai, penyanyi Ashira tetap hadir di Tanah Perkuburan Kota Damansara bagi memberikan penghormatan terakhir buat bekas suaminya, Allahyarham Bad Indigo.

Menyifatkan sosok Allahyarham Bad sebagai lelaki yang baik dan penyayang, pelantun lagu Di Ombak Resah itu bersyukur bekas suaminya pergi pada malam penghulu segala hari iaitu malam Jumaat.

“Arwah Bad seorang yang baik, kelakar, penyayang, sentiasa menyokong apa jua yang kita minat.

“Saya tak pasti apa amalannya tapi saya tahu dia mempunyai hati yang sangat baik, dia sentiasa mendahulukan orang yang dia sayang.

“Mungkin ini salah satu asbab taubatnya diterima sekali gus pergi di hari yang baik, malam Jumaat dan dikebumikan pada hari Jumaat,” ujarnya kepada Kosmo! Online.

Ditanya sama ada menyedari tentang kondisi kesihatan Bad, penyanyi berusia 38 tahun itu mengakui pernah dimaklumkan mengenai ubat-ubatan yang perlu diambil bekas suaminya itu ketika kecemasan.

“Masa saya baru kahwin, memang dia ada bagitahu saya yang dia ada masalah jantung tetapi dia kata sudah lama sudah tidak mengalami sakit dada dan sebagainya.

“Dia juga tunjukkan saya ubat-ubat yang dibawa dalam beg sebagai langkah berjaga-jaga kalau dirinya sakit, sekurang-kurangnya saya tahu mahu capai ubat mana.

“Alhamdulillah sepanjang perkahwinan kami, dia tidak pernah sakit dada kecuali kencing manis, kemungkinan dia terkena serangan jantung, tapi semuanya tak pasti lagi,” tuturnya sambil mengesat air mata yang berguguran.

Dalam pada itu, bekas peserta Gegar Vaganza musim ketujuh itu, meskipun sudah berpisah hubungannya dengan Bad baik-baik sahaja, namun jarang berhubung memandangkan dirinya sudah kini bersuami.

“Selepas berpisah, kami masih berkawan cuma agak lama sudah tidak berhubung memandangkan masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri.

“Saya suka tengok video-video dia dalam TikTok, nampak dia gembira sangat dengan kehidupannya.

“Sebab itu berita pemergiannya mengejutkan saya, tangan saya menggeletar, saya pula tak tengok media sosial, saya dapat tahu daripada kawan-kawan wartawan juga, macam tak percaya arwah sudah tiada,” tuturnya sayu.

Bad menghembuskan nafas terakhir pukul 7 malam, semalam selepas mengalami sesak nafas di tempat kerjanya di Reiber Auto di Bukit Permai, Ampang, Selangor.

Bad mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan penyanyi Ashira pada 11 Mac 2021 selepas mereka mula rapat ketika bergelar peserta Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7).

Tetapi selepas tiga bulan mendirikan rumah tangga, pasangan itu diduga dengan masalah kesihatan Bad yang menghidap diabetes sehingga perlu memotong semua jari kaki kirinya.

Jodoh tidak panjang, mereka mengesahkan sudah bercerai pada 23 Jun lalu tanpa berkongsi lanjut punca perpisahan tersebut. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI