fbpx

Bad Indigo selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keluarga dan kenalan rapat Allahyarham Bad Indigo memberikan penghormatan terakhir buat penyanyi itu yang meninggal dunia semalam, 26 Oktober 2023.

PETALING JAYA — Kira-kira 100 ahli keluarga serta kenalan mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham Badrul Izhan Shahrizan atau Bad Indigo di Tanah Perkuburan Kota Damansara dekat sini, pukul 2.50 petang tadi.

Jenazahnya selamat dikebumikan selepas solat Jumaat, manakala urusan memandikan dan sembahyang jenazah dilaksanakan di Masjid Tun Abdul Aziz di sini.

Antara rakan artis yang mengiringinya termasuk semua anggota kumpulan Indigo, Liza Hanim serta bekas isterinya, Ashira.

Allahyarham Bad Indigo atau nama sebenarnya, Badrul Izhan Shahrizan selamat dikuburkan di Tanah Perkuburan Kota Damansara dekat sini, pukul 2.50 petang tadi. – AMIN AZMAN.

Bad menghembuskan nafas terakhir pukul sekitar pukul 7 malam tadi selepas mengalami sesak nafas di tempat kerjanya di Reiber Auto di Bukit Permai, Ampang, Selangor.

Arwah yang berusia 48 tahun itu, kehilangan kesemua jari kaki kiri sejak Mac tahun lalu akibat kencing manis.

Indigo yang ditubuhkan pada tahun 1996 oleh KRU Records merupakan kumpulan penyanyi padu suara yang popular dengan membawakan lagu-lagu berentak R&B dan pop Melayu.

Selain Bad, kumpulan itu turut dianggotai Shah atau nama lengkapnya Mohamed Shahrin Mohamed Samsudin, Zam (Shahrul Nizam Abdul Aziz) dan
Shaz (Nor Shazman Nor Shahid).

Indigo diperkenalkan kepada pendengar muzik tempatan menerusi album pertama, Intro pada pertengahan tahun 1997 dan dikenali dengan lagu Suraya dan Gadis Misteri. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI