fbpx

Ayah cakap, nak belikan but bola sepak – Anak Bad Indigo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANAK lelaki Bad, Rayyan membuka cerita tentang hasrat bapa menghadiahkan dirinya sepasang but bola tetapi tidak kesampaian apabila terlebih dahulu dijemput Ilahi.

PETALING JAYA — Anak sulung Allahyarham Bad Indigo, Rayyan mendedahkan hajat ayahnya menghadiahkan but bola sepak kepadanya tidak kesampaian apabila terlebih dahulu dijemput Ilahi.

Rayyan, 14, ketika ditemui di Masjid Tun Abdul Aziz, di sini berkata, itu adalah perbualan terakhir antara dia dan ayahnya sebelum bapa kesayangannya itu menghembuskan nafas terakhir pukul 7 malam semalam.

“Perbualan terakhir dengan ayah adalah petang semalam (siang). Ayah tampak ceria seperti biasa.

“Ayah cakap, dia nak belikan but bola untuk saya, tapi dalam dua hari lagi, tak sangka Ayah pergi dulu menghadap Ilahi” katanya kepada Kosmo! Online.

Rayyan bersama adiknya, Rania, 13, kini tinggal bersama ibu mereka yang juga bekas isteri Bad di Muar, Johor dan segera bergegas ke sini selepas dimaklumkan mengenai berita kematian itu.

“Lepas tahu ayah dah tiada, kami sekeluarga terus bergegas ke sini untuk tengok jenazah ayah,” ujarnya.

Jenazah Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah disempurnakan di masjid ini sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara untuk dikebumikan selepas solat Jumaat.

Allahyarham meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas di tempat kerjanya di Reiber Auto di Bukit Permai, Ampang, Selangor.

Arwah yang berusia 48 tahun itu, kehilangan kesemua jari kaki kiri sejak Mac tahun lalu akibat kencing manis. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI