fbpx

Wanita kongsi pengalaman dibuli tuan rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Tindakan seorang pemilik rumah sewa yang dikatakan membuli penyewanya mendapat kecaman orang ramai di media sosial.

Perkara tersebut dikongsikan di Facebook penyewa rumah tersebut yang didakwa menjadi mangsa tuan rumah berkenaan.

Menurut wanita itu, selepas dua bulan menyewa di situ, tuan rumah mula menunjukkan sikapnya apabila menggunakan pelbagai alasan untuk mendesak penyewa keluar daripada rumah tersebut tanpa memulangkan wang deposit.

“Tuan rumah ini jenis nak makan deposit orang sebab penyewa-penyewa sebelum ini dia halau tak bagi deposit. Dengan saya dia terpaksa bagi sebab saya ajak berdepan untuk serah kunci.

“Dia selalu datang rumah ikut waktu yang dia nak dan cakap saya tak faham konsep rumah sewa. Dia marah sebab saya ubah barang-barang dia untuk letak barang saya,” katanya.

Katanya, dia juga terkejut apabila rumah itu dipenuhi barang-barang tuan rumah tersebut sehingga tidak mempunyai ruang untuk meletak barangannya sendiri.

Lebih mengejutkan katanya, pemilik rumah tersebut juga pernah tiba-tiba masuk ke kediaman tersebut semasa suaminya sedang tidur di ruang tamu.

“Sebagai orang yang ada pengalaman menyewa di sini selama dua bulan, saya nasihatkan sesiapa yang nak menyewa di sini fikirlah masak-masak, but solat istikarah.

“Ramai lagi penyewa-penyewa sebelum saya masuk, semua sewa sebulan saja. Cuba fikir kenapa orang sewa dalam tempoh yang singkat?,” katanya.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan pemilik rumah berkenaan.

“Nak cari orang yg jaga rumah makcik, pergilah lantik pengawal keselamatan ya. Tak perlu sibuk cari penyewa suruh jaga barang rumah dia,” kata Yaya.

“Konsep sewa tapi bawak baju je, baik duduk hotel,” kata Mui.

“Saya pernah sewa rumah yang tuan rumah sama perangai macam ini. Hari-hari datang rumah padahal dah sewakan dia sibuk nak datang rumah tengok,” kata Ranggo. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI