fbpx

[VIDEO] Prank hamil, isteri kedua Abang Tesla dapat hadiah beg mewah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar yang dimuat naik di media sosial Abang Tesla.

PETALING JAYA – Pempengaruh media sosial, Abang Tesla atau nama sebenarnya Mohammad Khaliltizam Yusri menghadiahkan isteri kedua beberapa beg jenama mewah selepas menerima berita kehamilannya.

Menerusi satu klip video yang dimuat naik, isteri keduanya, Nursyafiqa Mohd. Hanafi berkongsi berita gembira itu dengan menunjukkan satu lukisan ‘pengukur kehamilan’ kepada suaminya.

“Disebabkan hari ini hari paling gembira saya, saya nak belanja awak beg tangan.

“Nak tak saya belikan beg Louis Vuitton (LV) ke, Gucci ke? Awak nak apa, harga apa pun saya tak kisah. Saya belikan,” katanya dengan nada gembira.

Bagaimanapun, reaksi gembira itu hanya bertahan sementara apabila Nursyafiqa mendedahkan bahawa ia merupakan ‘prank’ buat suaminya.

“Saya ‘prank’ je abang,” ujarnya manja.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna laman sosial meninggalkan komen mengenangkan isteri pertama Abang Tesla.

“Mesti isteri pertama sedih sebab dia dah usaha macam macam tapi Alhamdulillah isteri kedua yang mengandung. Anak kak Maj juga,” kata Aisyahent.

Seorang lagi pengguna laman sosial berkata pasti kak Maj gembira walaupun pedih.

“Tapi baiknya kak Maj tu mengatasi sakit pedih dia,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

@abg.tesla Haritu wife no.1 ngidam. Kalini wife no.2 pulak ngidam. So kita tunaikan la apa yg dieorng nak. Janji dieorng bahagia 😅. Nasib baiklah ada @iconluxe.my Boleh jimat duit dari beli butik 😬😬 #abgtesla #iconluxe #fyp ♬ original sound – ABG.TESLA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI