fbpx

[VIDEO] ‘Kalau tidak dibenar takbir, kita Allahuakbar 10 kali’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azhar Idrus.

PETALING JAYA – Pendakwah selebriti, Ustaz Azhar Idrus (UAI) menegaskan isu tidak dibenarkan takbir Allahuakbar di himpunan aman Palestin bukan salah penganjur tetapi salah diri sendiri.

Beliau menekankan perbuatan terlalu ‘taat’ dengan perintah merupakan pokok kesalahan perkara ini menjadi isu.

“Kalau mereka (petugas) kata tak boleh takbir, awak takbirlah 10 kali. Sekali lagi mereka (petugas) larang, takbir lagi 30 kali. Itu caranya.

“Bila dalam isu peperangan seperti ini, kita kena bertakbir,” katanya.

Tambahnya, Nabi Muhammad SAW dahulu mengajar kita ketika baginda dalam perang Khaibar menentang penduduk Yahudi, baginda melaungkan takbir sehingga musnah Khaibar.

“Jadi kita tahu ceritanya. Baginda dalam peperangan Khaibar dengan Yahudi dan baginda laungkan takbir, runtuhlah benteng Khaibar.

“Sampai ke kita cerita itu, dalam al-Quran berpesan, taat Allah, rasul dan ulama’ dalam kalangan kamu. Allah minta kita besarkan nama-Nya,” pesannya.

Meninjau ke ruangan komen, kebanyakan netizen bersetuju dengan nasihat yang diberi UAI.

“Ustaz Wadi pernah berkata kalau setakat berbekalkan semangat separuh akan patah balik, jadi berbekalkanlah iman ye. Jaga solat dan perbaiki solat,” kata seorang pengguna laman sosial.

Seorang lagi pengguna laman sosial berkata dirinya juga pelik dengan sesetengah rakyat Malaysia yang begitu taat.

“Saya pun pelik. Kenapa kalau mereka (petugas) larang, korang (orang ramai) tak lawan saja? Takbir sajalah,” kata Kakngah Izza.

Terdahulu, Kosmo! pernah melaporkan insiden rakyat Malaysia kecewa pihak penganjur ‘Freedom for Palestine’ di Datan Merdeka, Kuala Lumpur didakwa melarang laungan takbir himpunan aman.

Berikutan itu, pihak penganjur turut memohon maaf atas beberapa insiden yang berlaku. – KOSMO! ONLINE

@sansomic ALLAHUAKBAR ✊✊#solidaritipalestin #taufanaqlaqsha ♬ Islam – Lafina

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI