fbpx

[VIDEO] Hiba, wartawan Palestin menangis diberitahu keluarga maut dibedil Zionis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Al-Farra tidak dapat menahan sebak selepas mengetahui keluarganya terkorban akibat serangan udara Zionis.

PETALING JAYA – Wartawan Palestin, Muhammad Al Farra tidak dapat mengawal emosinya apabila diberitahu keluarganya terbunuh dalam serangan udara Rejim Zionis Israel.

Menerusi video perkongsian yang dimuat turun di media sosial, dia kelihatan tidak dapat menerima kenyataan yang keluarganya terbunuh ketika dia sedang membuat liputan di Bandar Al Bireh, Ramallah, Tebing Barat.

Orang ramai di sekelilingnya kelihatan turut membantu untuk menenangkannya dengan membuka jaketnya dan memberikan air kepadanya.

Dalam ruangan komen, netizen melontarkan kemarahan mereka dan mendakwa ini sebahagian daripada rancangan Israel.

“Israel benar-benar telah merancang untuk membunuh semua keluarga wartawan kerana mereka telah memberi amaran kepada beberapa media Palestin terutamanya Al-Jazeera.

“Mereka cuba menyerang keadaan mental mereka dengan membunuh orang tersayang. Memang laknat betul Israel ini kejam dan tidak berperikemanusiaan. Kebenaran akan menang!” kata seorang pengguna.

Seorang lagi pengguna laman sosial berkata wartawan di sana memang sudah menjadi sasaran sejak daripada minggu pertama lagi.

“Tak nak bagi nampak jelas sangat, mereka sasarkan keluarga pula minggu ketiga ini. Kantoi pun selepas Qatar dedahkan mereka beri amaran kepada Al-Jazeera (media antarabangsa),” komen HymZaim.

“Saya tidak mahu perkara ini berlaku kepada mana-mana penyokong luar Israel atau sesiapa yang masih di atas pagar tentang perkara ini tapi lihatlah ini dan katakan Israel tidak kejam. Lihatlah ini dan katakan Israel bukan tanpa kemanusiaan,” kata seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI