fbpx

Ulsan Hyundai lega atasi Harimau Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN aksi menyaksikan Arif Aiman Hanapi cuba melepasi pemain Ulsan Hyundai pada Liga Juara-Juara Asia di Stadium Ulsan Munsu kelmarin.

PENGENDALI Ulsan Hyundai, Hong Myung Bo akui lega apabila anak-anak buahnya kekal tenang untuk mengekang kebangkitan yang cuba dijelmakan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi ketiga Kumpulan I Liga Juara-Juara Asia kelmarin.

Pada aksi di Stadium Ulsan Munsu itu, Ulsan Hyundai terpaksa bermain 10 orang sepanjang baki 55 minit selepas Kim Tae Hwan menerima kad ku­ning kedua, namun kelab Korea Selatan itu masih mampu bertahan untuk kemenangan 3-1.

“Ia satu perlawanan yang sukar, namun saya gembira kerana kemenangan ini diraih di depan penyokong sendiri. Bukan se­nang untuk bermain 10 orang, namun secara keseluruhannya pemain mampu lakukan tugas dengan baik,” katanya.

Myung Bo juga anggap kemenangan ini cukup penting kerana berjaya mengeluarkan Ulsan Hyundai daripada detik sukar selepas berdepan kemarau kemenangan dalam empat perlawanan.

Pada masa sama, Myung Bo tidak mahu menyalahkan keputusan pengadil kerana turut beranggapan situasi itu adalah lumrah dalam permainan bola sepak.

“Saya fikir ada perkara yang perlu dikesalkan, namun saya sentiasa hormati keputusan pengadil. Saya rasa kad kuning pertama Kim Tae-hwan adalah tindakan yang tiada semangat kesukanan daripada pemain saya dan pemain lawan.

“Tae-hwan patut lebih te­nang dan jika kami mahu te­rus berkembang di tahap lebih ­tinggi, kami kena pelajari se­suatu. Kami juga kena lebih faham tuntutan perlawanan di peringkat antarabangsa,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI