fbpx

UCL: Maguire, Onana ‘bahagiakan’ United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAGUIRE dan Onana dijulang sebagai hero United ketika mereka mencatat kemenangan ke atas Copenhagen pada aksi awal pagi semalam. - AFP

MANCHESTER – Pemain pertahanan Manchester United, Harry Maguire mengakui bangga dapat menutup mulut pengkritik selepas membantu pasukan itu menang 1-0 ke atas FC Copenhagen pada aksi Liga Juara-Juara di Old Trafford awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, Maguire menjadi wira The Red Devils apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-72, sekali gus menghadiahkan tiga mata pertama buat pasukan dalam saingan Kumpulan A.

Maguire berkata, dia sedar reputasi gah dimiliki United selain menerima setiap kritikan yang dilemparkan terhadapnya setiap kali dia gagal menampilkan dimahukan dalam mana-mana perlawanan.

“Ini adalah Manchester United, sebuah pasukan yang sentiasa mendapat perhatian peminat bola sepak di seluruh dunia. Apabila anda gagal menampilkan aksi diinginkan, anda akan dicemuh dan dikritik.

“Jadi, saya sangat gembira dan bangga dengan apa yang saya lakukan dalam tempoh enam hingga 12 bulan terakhir. Saya hanya mahu bantu pasukan dan kembalikan United ke kedudukan asal,” katanya.

Sementara itu, penjaga gol United, Andre Onana menjelaskan, dia hanya menjalankan tugas untuk pasukan selepas berjaya menyelamatkan sepakan penalti Copenhagen pada minit-minit akhir perlawanan.

“Anda semua tahu saya hanya jalankan tanggungjawab sebagai penjaga gol. Kemenangan ini sangat penting kerana kami berdepan sebuah pasukan yang cukup liat untuk ditewaskan. Saya juga gembira dengan gol dijaringkan Harry (Maguire),” ujarnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI