fbpx

UCL: Dua Gabriel bantu Arsenal menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JESUS (kiri) dan Martinelli meledak gol untuk membantu Arsenal mengekalkan rekod tanpa kalah dalam tiga aksi setakat ini. - AFP

SEVILLE – Bintang Arsenal, Gabriel Jesus berdepan malang apabila dipalit masalah kecederaan hamstring sejurus memastikan kemenangan 2-1 pasukannya ke atas Sevilla pada aksi Kumpulan B Liga Juara-Juara awal pagi semalam.

Bagaimanapun, Jesus yang menyumbangkan gol kedua The Gunners masih menaruh harapan kecederaan dialaminya tidak terlalu teruk hingga boleh menjejaskan kedudukannya dalam pasukan.

“Saya dapat rasakan sesuatu dan sudah pun melakukan ujian dengan pasukan fisioterapi. Ia kelihatan tidak begitu serius, namun selepas ini saya tetap akan melakukan ujian imbasan.

“Saya cukup yakin tidak ada apa-apa yang serius,” katanya.

Gabriel Martinelli terlebih dulu meletakkan Arsenal di depan sebelum Jesus meledak gol kedua di awal babak kedua sebelum bintang dari Brazil itu terpaksa dibawa keluar ekoran diasak oleh pemain tengah Sevilla, Boubakary Soumare manakala gol saguhati Sevilla dijaringkan oleh Nemanja Gudelj.

Sementara itu, Pengurus Arsenal, Mikel Arteta jelas berpuas hati dan gembira dengan tiga mata yang berjaya diraih anak buahnya.

“Dia (Jesus) alami masalah pada hamstring dan minta untuk ditukarkan. Ia adalah berita yang kurang baik kerana dia bukanlah pemain seperti itu (sering cedera), namun sekarang kita perlu tunggu beberapa hari lagi untuk melihat ujian dilakukan ke atasnya,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI