fbpx

UCL: Bayern akui sukar jinakkan Galatasaray

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE terus membuktikan ketajamannya apabila meledak satu gol ketika Bayern membenam cabaran Galatasaray awal pagi semalam. - AFP

ISTANBUL – Gergasi Bundesliga, Bayern Munich berjaya melepasi ujian sukar apabila menang 3-1 ke atas Galatasaray pada aksi Kumpulan A Liga Juara-Juara yang berlangsung di Stadium Ali Sami Yen awal pagi semalam.

Tiga gol hasil jaringan Kingsley Coman, Harry Kane dan Jamal Musiala sudah cukup untuk Bayern membawa pulang tiga mata, manakala gol tunggal tuan rumah hadir menerusi menerusi sepakan penalti Mauro Icardi.

Jurulatih Bayern, Thomas Tuchel berkata, walaupun mereka berjaya mencatat kemenangan, namun Galatasaray meletakkan Bayern dalam keadaan sukar sepanjang perlawanan menerusi serangan-serangan yang dilakukan.

“Kita menyaksikan satu perlawanan yang sangat sukar kerana mereka memberi tekanan kepada kami di seluruh padang. Saya akui kedua-dua pasukan bermain mengikut tempo yang ‘ditetapkan’ penonton, tidak mudah bermain di sini.

“Bayern banyak kehilangan bola di separuh masa pertama kerana Galatasaray bermain sangat tersusun. Kami beberapa kali memberikan ruang kepada mereka untuk melakukan jaringan, namun kami masih mampu bertahan,” katanya.

Bekas pengurus Chelsea itu bagaimanapun tetap gembira dengan kemenangan yang dilakar selain memuji pemain-pemainnya apabila berjaya menunjukkan permainan lebih baik di separuh masa kedua.

“Sepanjang 90 minit perlawanan, kami gagal menampilkan aksi sebenar di separuh masa pertama tetapi berjaya bangkit selepas waktu rehat. Bagi saya, kami layak untuk menang berdasarkan kesungguhan ditunjukkan pemain,” ujar Tuchel. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI