fbpx

Sekurang-kurangnya 22 terbunuh dalam amukan senjata api di Amerika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR yang disiarkan semalam menunjukkan penembak aktif di Lewiston, Maine. – AFP

WASHINGTON – Sekurang-kurangnya  22 orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam insiden tembakan di bandar Lewiston, Maine semalam, lapor media Amerika Syarikat (AS), manakala polis berkata, penyerang yang bersenjata masih bebas.

Angka kematian dilaporkan mencecah 16 orang oleh saluran berita CNN dan akhbar Wall Street Journal. Kejadian tembakan berlaku di sebuah gelanggang boling dan juga sekurang-kurangnya satu lokasi lain iaitu restoran dan bar tempatan, demikian menurut media.

Polis tempatan menyiarkan gambar penembak di laman Facebook. Suspek membawa apa yang kelihatan seperti senjata separa automatik di lorong boling.

Penguatkuasaan undang-undang ‘sedang menyiasat dua peristiwa penembak aktif’,  kata Jabatan Syerif Daerah Androscoggin di laman Facebook.

“Kami menggalakkan semua perniagaan menutup premis mereka sementara siasatan dilakukan. Suspek masih bebas,” katanya.

Gabenor Maine,  Janet Mills berkata,  beliau ‘maklum’  dan telah diberi taklimat mengenai situasi penembak aktif di Lewiston.

Sementara itu, Presiden Joe Biden juga telah diberi taklimat mengenai tragedi itu, kata White House.

CNN melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 50 hingga 60 orang cedera dalam insiden itu, namun angka kecederaan sebenar masih belum dapat dipastikan. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI