SINONIM dengan imej seksi dan berani ‘mati’ sehingga berulang kali menjadi sasaran kecaman, penampilan aktres Nadia Brian, baru-baru ini sangat menyejukkan mata ramai.
Pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu tampak anggun bertudung labuh hitam diacu dengan bandana bercorak Palestin sewaktu menyertai sebuah acara solidariti Palestin bersama rakan selebriti lain.
Tidak hairan perkongsian foto begitu mencetuskan pujian ramai sehingga ramai mendoakan Nadia kekal istiqamah.
Baguslah begitu. Yang baik kita doakan. Jangan asyik menghentam sebab siapa tahu pengakhiran seseorang itu mungkin lebih baik daripada kita.
Sejuk mata tengok Nadia Brian bertudung labuh. Bukan hanya sebab molek menutup aurat tapi sebab memang cantik. Sumpah tak tipu!
Mizz Lahar: Ada seorang lagi individu popular nak jual tudung atas alasan mahu bantu Palestin.