fbpx

Ringgit susut, Glomac semak semula strategi perniagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FD ISKANDAR (tengah) melihat buku laporan kewangan selepas Mesyuarat Agung Tahunan ke-39 Glomac yang diadakan di Menara Glomac semalam.

KUALA LUMPUR – Pemaju hartanah, Glomac Berhad akan menyemak semula strategi perniagaan mereka ketika ini, termasuk mempelbagaikan perniagaan bagi berdepan dengan kesan penyusutan ringgit.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri FD Iskandar Mohamed Mansor berkata, pembinaan bangunan berstrata memerlukan lebih ba­nyak bahan binaan yang diimport berbanding rumah bertanah, yang mana kebanyakan bahan boleh diperoleh dalam negara.

Katanya, walaupun kebanyakan harga bahan binaan sudah mula stabil kecuali simen, bara­ngan seperti lif, eskalator dan pelbagai lagi perlu diimport dari luar negara.

“Membina kediaman bertanah mungkin menjadi satu daripada strategi. Namun begitu, kawasan tanah yang kecil menyebabkan industri masih terdorong kepada pembinaan strata.

“Jadi, kena selalu buat kajian untuk strategi baharu dan kami juga berharap ringgit dapat mengukuh,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar sempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-39 di Menara Glomac, di sini semalam.

Mengulas sama ada Glomac akan meneroka pasaran di luar negara lanjutan kejatuhan ringgit, beliau berkata, langkah tersebut memberi impak kos yang lebih tinggi kepada syarikat yang sebahagian besarnya menerima pendapatan dalam ringgit.

“Bagaimanapun, kami sentiasa terbuka kepada peluang yang ada. Jika ada peluang yang bagus, maka kami akan cuba. Kami akan laksanakan apa yang baik untuk pemegang saham. Tetapi, kami tidak mencari buat masa ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, FD Iskandar mengunjurkan pertumbuhan jualan hartanah syarikat antara 20 peratus hingga 25 peratus bagi tahun kewangan ber­akhir 30 April 2024 iaitu antara RM360 juta hingga RM380 juta berban­ding RM302 juta yang dicapai pada tahun kewangan sebelumnya.

“Kami juga cuba untuk mencapai RM400 juta. Bagi suku pertama tahun ini, syarikat sudah mencapai jualan hartanah sebanyak RM101 juta,” jelasnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI