fbpx

Pemandu lori buat pusingan U ditahan reman 4 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMANDU lori (tiga dari kiri) ditahan reman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes kemalangan maut melibatkan seorang pelajar sekolah di Kilometer Jalan Batu Pahat - Kluang, semalam.

BATU PAHAT – Seorang pemandu lori yang menyebabkan kematian seorang pelajar sekolah akibat kemalangan di Kilometer 13.5 Jalan Batu Pahat – Kluang semalam ditahan reman empat hari bermula hari ini.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 33 tahun itu dikeluarkan Majistret Suhaila Shafiuddin yang membenarkan permohonan polis untuk siasatan kes tersebut di Mahkamah Majistret Batu Pahat, di sini.

Lelaki warga tempatan itu direman sehingga Ahad ini, mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Lelaki yang mengenakan baju- T berwarna hitam sebelum itu, tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 8.30 pagi dengan diiringi polis.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, hasil saringan awal air kencing terhadap pemandu lori itu didapati negatif.

Dalam kejadian pada pukul 7.20 pagi semalam, mangsa yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gading maut selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar sebuah lori yang membuat pusingan U.

Mangsa, Shahrunizam Mohd Shamsul, 17, yang menunggang motosikal dipercayai dalam perjalanan ke sekolah dari kediamannya di Parit Sulong di sini.

Akibat kenalangan itu, mangsa mengalami cedera parah di kepala serta badan serta disahkan meninggal di lokasi kejadian sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat.

Melalui siasatan awal polis, mangsa dipercayai hilang kawalan terhadap motosikal ditunggangnya selepas melihat lori berkenaan membuat pusingan U sebelum melanggar bahagian tangki minyak dan berlaku satu letupan kecil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI