fbpx

Netizen tegur poster filem seram guna wanita solat jadi hantu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara babak solat dalam filem seram.

PETALING JAYA – Pengguna media sosial menegur sikap produksi filem yang menghasilkan filem seram berunsurkan agama terutama sekali agama Islam.

Tinjauan di media sosial mendapati, isu itu dibangkitkan apabila sebuah filem daripada negara jiran yang bakal ditayangkan tidak lama lagi menggunakan poster memaparkan wanita sedang menunaikan solat.

Apa yang mencetuskan kemarahan ialah di dalam poster tersebut turut memaparkan beberapa wanita bertelekung dengan mimik muka yang seram.

“Cukup-cukuplah buat filem seram berunsurkan agama Islam. Sudahlah tak seram, menyalahi syariat pula.

“Sebab Allah SWT melarang kita untuk takut kepada mana-mana makhluk serta takut kepada jin yang boleh menyebabkan jin itu semakin menyombong dan lebih suka mengganggu manusia,” kata seorang pengguna aplikasi X, @yazid_hamka.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna menyokong kenyataan tersebut dan meminta agar produksi lebih sensitif.

“Sebab itu saya tak suka tengok cerita hantu, ustaz dulu pun pesan jangan tengok risau takut terlampau takut pada makhluk lain melebihi takut Allah,” kata Atirah.

“Selalu sangat dengar orang cerita pasal solat lepas itu ada jin jadi makmum di belakang. Sebab tak boleh lupa cerita itu, saya selalu hilang rasa fokus dalam solat,” kata Hajar.

“Tak fahamlah kenapa suka buat cerita hantu berkait dengan solat. Solat sepatutnya jadi ruang selesa dan selamat bertemu dengan Sang Pencipta. Bukan buat fikiran rasa terganggu,” kata Nurin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI