fbpx

MotoGP: Marquez berlumba tanpa bayaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARQUEZ difahamkan bakal berlumba bersama Gresini musim depan tanpa menerima bayaran gaji selepas menamatkan kontraknya berbaki setahun bersama Honda. - AFP

LONDON – Juara dunia MotoGP, Marc Marquez dikatakan tidak akan menerima sebarang imbuhan gaji walaupun satu sen daripada pasukan satelit Ducati, Gresini Racing selepas meninggalkan pasukan Repsol Honda pada penghujung musim ini.

Pengarah Sukan Ducati, Paolo Ciabatti mendedahkan bahawa kehadiran Marqeuz ke Gresini Racing pada musim 2024 adalah ‘percuma’ tanpa melibatkan sebarang nilai pampasan.

Marquez yang telah melakukan pelbagai cara untuk membawa kembali Honda ke tahap sepatutnya dilihat gagal berbuat demikian terutama impiannya untuk meraih kemenangan semula sukar digapai terutama perebutan gelaran dunia.

Disebabkan itu, Marquez membuat keputusan meninggalkan Repsol Honda ketika dia masih terikat dengan kontrak semusim lagi dengan Honda Racing Corporation (HRC).

“Marquez mencapai persetujuan untuk meninggalkan mereka secara persefahaman bersama dan Gresini Racing terbuka untuk memberinya peluang kembali menikmati perlumbaan dan memburu kemenangan.

“Marquez memutuskan untuk berlumba secara percuma bersama Gresini. Secara keseluruhan, ia adalah satu kebanggan apabila terdapat pelumba terbaik dalam pasukan kami. Kehadirannya mampu membuatkan pelumba pasukan utama semakin berkembang,” kata Ciabatti.

Sebagai rekod, Marquez dikatakan telah menerima gaji tahunan yang lumayan bersama Honda kira-kira €12.5 juta (RM63.44 juta) euro dan beberapa sumber lain yang boleh meningkat gaji pelumba berusia 30 tahun tiu sehingga €24.4 juta (RM123.84 juta) semusim. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI