fbpx

Manchester United merayu David de Gea kembali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE GEA yang merupakan penjaga gol terbuang kini dirayu United agar kembali semula ke pangkuan kelab sebagai pengganti Onana apabila berlangsungnya AFCON tahun depan.

LONDON – Manchester United dilaporkan membuat pusingan U yang memalukan apabila merayu kepada penjaga gol terbuang, David de Gea untuk kembali ke Old Trafford dengan perjanjian jangka pendek.

The Red Devils bimbang kelab tersebut akan kekurangan penjaga gol apabila penjaga gol No. 1 Cameroon, Andre Onana yang juga pengganti De Gea di United akan terlibat dengan kejohanan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) pada tahun depan.

Terdahulu, United langsung tidak berhati-hati apabila Onana melakukan pusingan U mengenai persaraannya di pentas antarabangsa.

AFCON pula dijangka berlangsung bermula 13 Januari sehingga 11 Februari, bermakna pembelian penjaga gol bernilai £43.8 juta (RM209.67 juta) pada musim panas itu boleh terlepas sehingga lapan perlawanan bersama United.

Justeru, United bersedia untuk beralih kepada De Gea meskipun bertindak menyingkirkannya daripada kelab pada musim panas lepas.

Penjaga gol berusia 32 tahun dan menghabiskan 12 tahun kariernya di Old Trafford sebelum ini meninggalkan kelab berkenaan selepas kontraknya tamat.

De Gea pada awalnya ditawarkan pengurangan tempoh untuk kekal di United, malah gajinya juga dikurangkan daripada £375,000 (RM1.795 juta) seminggu kepada £200,000 (RM957,400) seminggu.

Bagaimanapun, tawaran kontrak tersebut dibatalkan pada akhirnya dan De Gea melangkah keluar dari kelab berkenaan.

Sejak meninggalkan Old Trafford, De Gea tidak bermain dengan sebarang kelab.

Lebih malang buat De Gea, United turut memintanya untuk tidak bersetuju menyertai kelab lain sehingga mereka menyelesaikan perpindahan Onana. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI