fbpx

Lelaki maut kereta terperosok dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta Proton Saga dipandu mangsa yang terperosok di dalam longkang di hadapan IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka.

MELAKA – Seorang lelaki maut selepas kereta yang dia pandu terjunam dan terperosok di dalam longkang besar di hadapan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perempuan Melayu, Jalan Durian Daun, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.50 malam itu, mangsa, Tey Shen Hao, 26, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang memandu kereta jenis Proton Saga dalam perjalanan dari arah pusat bandar menuju ke Bukit Baru.

“Setiba di lokasi kereta yang mangsa pandu bagaimanapun telah hilang kawalan dan terjunam masuk ke dalam longkang di hadapan IPG.

“Akibat kemalangan itu mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan maut di lokasi oleh pegawai perubatan,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Ujarnya, setakat ini tiada saksi kejadian yang tampil memberi keterangan dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI