fbpx

Konflik Palestin-Israel: Majlis Keselamatan PBB buntu capai resolusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Majlis Keselamatan mengundi resolusi berhubung situasi perang Palestin-Israel di New York pada 18 Oktober lalu. - AFP

BANDAR RAYA NEW YORK – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekali lagi gagal bertindak terhadap perang Palestin-Israel, dengan Russia dan China menggunakan kuasa veto terhadap resolusi  Amerika Syarikat (AS),  manakala usul diketuai Moscow pula tidak mendapat sokongan mencukupi.

AS yang merupakan sekutu rapat Israel,  menggunakan kuasa vetonya pada minggu lalu. Washington mengemukakan resolusi menyokong ‘jeda kemanusiaan’ untuk membenarkan bantuan masuk ke Semenanjung Gaza.

Washington juga menyokong hak ‘semua negara’ untuk mempertahankan wilayahnya  seperti termaktub dalam undang-undang antarabangsa.

Draf diketuai AS itu bagaimanapun  tidak menggesa gencatan senjata sepenuhnya. Russia pula mengemukakan usul menuntut ‘gencatan senjata kemanusiaan segera, bertahan dan dihormati sepenuhnya’ serta ‘mengutuk semua keganasan dan permusuhan terhadap orang awam’.

Sebanyak 10 negara menyokong resolusi AS  tetapi Russia dan China menggunakan kuasa veto mereka untuk membatalkannya. Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang meningkatkan hubungan dengan Israel sejak 2020 turut menolak usul AS, manakala dua negara lain, Brazil dan Mozambique berkecuali.

“Ia menjadi jelas bahawa AS tidak mahu keputusan Majlis Keselamatan PBB mempunyai apa-apa pengaruh terhadap kemungkinan serangan darat oleh Israel ke atas Gaza.

“Dokumen yang sangat dipolitikkan ini jelas mempunyai satu matlamat bukan untuk menyelamatkan orang awam tetapi menyokong kedudukan politik AS di rantau Asia Barat,” kata wakil Russia, Vassily Nebenzia.

Duta AS ke PBB, Linda Thomas-Greenfield menegaskan bahawa Washington telah menimbang  maklum balas dari seluruh dunia sejak menggunakan kuasa vetonya.

Setiausaha Negara AS, Antony Blinken, mempromosikan resolusi itu semasa sesi mesyuarat peringkat tinggi Majlis Keselamatan pada Selasa lalu dan bercakap mengenai sela kemanusiaan’ dan  menolak gencatan senjata rasmi. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI