fbpx

Konflik Palestin-Israel: Hamas asing dana ketenteraan, pentadbiran Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota pasukan keselamatan eksekutif pentadbiran pimpinan Hamas mengambil bahagian dalam latihan bersenjata di pangkalannya di 2007. – Getty Images

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) mendakwa bahawa Hamas menerima dana antarabangsa dari Iran dan beberapa rakan kerjasama lain selepas menguasai Semenanjung Gaza sejak 17 tahun lalu, lapor saluran berita NBC News semalam.

Kebanyakan wang itu adalah daripada saluran  terbuka dan sah di sisi undang-undang termasuk sejumlah besar bantuan kewangan dari Qatar menerusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta diluluskan oleh Israel.

Bantuan dari Qatar itu merangkumi pembayaran gaji kakitangan awam, pembelian bahan api dan grid kuasa serta bantuan kewangan kepada keluarga yang memerlukan.

Kadar pengangguran di Gaza adalah 47 peratus,  manakala 80 peratus populasinya hidup dalam kemiskinan, demikian menurut PBB.

Hamas dikatakan menjalankan pelbagai perniagaan selain mengutip cukai iaitu perniagaan hartanah dan terlibat dalam pelaburan di seluruh dunia.

Meskipun berdepan  pelbagai sekatan, Hamas dikatakan menggunakan mata wang kripto untuk melakukan pemindahan wang.

Menurut beberapa sumber Palestin dan Israel, bajet ketenteraan tahunan Hamas  adalah antara AS$100 juta (RM478 juta) hingga AS$350 juta (RM1.6 bilion).

Namun, wakil pergerakan itu sebelum ini menegaskan bahawa Hamas mengasingkan dana pentadbiran untuk Gaza dengan dana sayap ketenteraannya, Briged Al-Qassam. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI