fbpx

Konflik Palestin-Israel: China tuduh AS jejas keamanan serantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapal pengangkut AS, USS Gerald R. Ford belayar semasa operasi mengisi bahan api di laut, di timur Laut Mediterranean, 11 Oktober lalu. - AFP

BEIJING – China menuduh Amerika Syarikat (AS) sebagai pengganggu terbesar keamanan dan kestabilan serantau dunia, lapor portal berita TRT World semalam.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons ‘pedas’ Beijing terhadap laporan Pentagon yang mendakwa negara itu sedang membentuk kekuatan ketenteraannya.

“AS telah menghantar peluru uranium dan bom berangkai ke Ukraine, menghantar kumpulan  kapal pengangkut jet tempur ke Laut Mediterranean termasuk senjata serta peluru ke Israel. 

“Adakah ini yang dipanggil pembela hak-hak asasi manusia?” kata jurucakap Kementerian Pertahanan China, Wu Qian.

Laporan Pentagon itu dikeluarkan berikutan amaran tahun lepas bahawa China sedang mengembangkan kuasa nuklearnya dengan pantas sejajar dengan pembentukan tenteranya.

Beijing turut dilaporkan berada di landasan yang tepat untuk meningkatkan peledak nuklear perang hampir empat kali ganda kepada 1,500 unit menjelang 2035.

AS dalam masa sama menjual senjata bernilai berbilion dolar kepada Taiwan yang dikatakan bertujuan untuk mempertahankan diri.

“Kami menggesa AS untuk berhenti menggunakan sebarang alasan, apa-apa kaedah untuk mengukuhkan hubungan tentera dengan Taiwan dan secara haram membekalkan senjata kepada Taiwan dalam apa cara sekalipun,” kata Wu Qian. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI