fbpx

Kekalahan bukan ‘kiamat’ buat JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOLARI anggap aksi timbal balik menentang Ulsan Hyundai di Stadium Sultan Ibrahim pada 7 November depan sebagai detik penting kebangkitan JDT.

KEKALAHAN 3-1 kepada Ulsan Hyundai di Stadium Ulsan Munsu kelmarin bukan petanda ‘kiamat’ buat Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mengintai peluang ke pusi­ngan kalah mati Liga Juara-Juara Asia musim ini.

Walaupun terpaksa akur de­ngan kekalahan kedua Kumpulan I, pengendali JDT, Esteban Solari menganggap aksi timbal balik dengan Ulsan Hyundai di Sta­dium Sultan Ibrahim, 7 November depan sebagai detik penting untuk menilai peluang lebih baik.

“Pasukan lawan memperlahankan permainan dan ini membuktikan kami sudah melakukan tugas dengan betul. Walaupun sedih dengan keputusan ini, kami tidak sabar untuk menghadapi perlawanan seterusnya kerana kami tahu kami boleh melakukan lebih baik.

“Apa yang boleh saya katakan, semua perlawanan Liga Juara-Juara Asia adalah sukar, namun selepas ini kami akan bermain di gelanggang sendiri. Bukan bermakna senang tetapi kami sudah bersedia.

“Jika kami mampu mendo­minasi perlawanan seperti babak kedua, peluang kami masih ter­buka dan ini juga jadi sebab ke­napa perlawanan selepas ini cukup penting buat kami,” katanya.

Pada aksi kelmarin, JDT mengharungi tempoh 20 minit per­tama penuh seksa hingga membenarkan tuan rumah memperoleh tiga gol menerusi Jung Seunghyun dan dua jaringan dari­pada Gustav Erik Ludwigson.

Ulsan Hyundai kemudiannya terpaksa bermain 10 orang selepas Kim Tae Hwan diarah ke­luar padang kerana menerima kad kuning kedua dan peluang itu membolehkan Bergson Da Silva meledak gol buat JDT.

Kawasaki Frontale masih kebal dengan rekod tanpa kalah untuk memimpin Kumpulan I, diikuti Ulsan Hyundai kedua (6 mata), JDT (3 mata) dan BG Pathum United tercorot tanpa sebarang mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI