fbpx

Dua tekong darat gagal seludup PATI Myanmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PATI warga Myanmar yang cuba diseludup dua lelaki di Jitra, semalam.

JITRA – Dua tekong darat warga Thailand kempunan untuk mendapat upah lumayan apabila mereka ditahan ketika cuba menyeludup masuk lima pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini, semalam.

Dua suspek berusia 32 dan 45 tahun itu ditahan di Kilometer 29.6, Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Plaza Tol Jitra, di sini.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, mereka memuatkan lima PATI warga Myanmar di tempat duduk belakang kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota sebelum bertolak dari Pekan Changlun kira-kira pukul 7 malam.

“Anggota polis mengekori kenderaan itu sebelum menahan mereka berhampiran Plaza Tol Jitra. Tiga wanita dan dua lelaki ditahan berusia 21 hingga 41 tahun,” katanya di sini hari ini.

Siasatan awal mendapati suspek mahu menghantar kesemua PATI itu ke Simpang Empat, Pulau Pinang dengan dijanjikan bayaran RM500 bagi setiap warga asing yang berjaya diseludup.

“Mereka mengaku bawa PATI tersebut melalui Hatyai, Thailand dan dipercayai setiap PATI membayar RM3,000 seorang kepada ejen di Myanmar untuk dibawa masuk ke negara ini dengan menggunakan kereta,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI