fbpx

Dituduh ‘main’ suami orang, Shakilla Khoriri sekolahkan netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAKILLA KHORIRI

PETALING JAYA – Berang dituduh pernah melakukan hubungan sulit dengan suami orang, pelakon Shakilla Khoriri mengajak seorang wanita bersemuka dengannya.

Ibu tunggal kepada seorang cahaya mata itu mengakui bakal menjalani penggambaran di Terengganu, sekali gus mempelawa pemilik akaun media sosial yang dipercayai tinggal di negeri itu menemuinya bagi mendapatkan penjelasan berhubung tuduhan dilemparkan.

‘Assalamualaikum sis (panggilan kepada pemilik akaun). Esok (Khamis) saya akan ke Terengganu ada ‘shooting’ dekat sana.

“Alang-alang jom kita jumpa nak? Mahu dengar juga cerita saya yang (kononnya) awak lagi tak tahu,” katanya dalam nada menyindir menerusi hantaran dalam InstaStory, malam tadi.

Pada perkongsian sama, pemilik nama Nurul Shakilla Mohd. Khoriri, 34, itu juga teringin bertentang mata dengan wanita itu supaya dia dapat perincian lelaki yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengannya.

“Nak tahu juga suami orang mana yang saya dah ‘main’ tu sebab mak, abah, adik, (dan) kakak saya pun tengah tanya,” ujarnya dengan tegas.

Shakilla Khoriri berang dengan tuduhan melulu seorang wanita yang mendakwa dirinya pernah menjalin hubungan sulit dengan suami orang. – INSTAGRAM.

Enggan memberi muka, bekas isteri kepada penyampai radio, Fizi Ali itu mencabar agar kebenaran dapat dibongkar sama ada benar dia mengganggu suami orang.

“Awak nak hubungi saya kita jumpa sembang atau saya suruh orang cari awak. Pilih la. Jumpa awak esok malam,” katanya.

Begitupun, individu berkenaan sudah meminta maaf seperti hantaran video dikongsikan Shakilla dalam Instagramnya awal pagi tadi yang turut memaparkan mesej antara mereka.

Aktres itu turut mengingatkan mana-mana pihak agar berhati-hati ketika menulis terutama membabitkan kenyataan yang boleh mencalarkan maruah orang lain.

“Minta maaf, saya terpaksa buat begini lagi (dedahkan). Kenapa? Tolong, berhati-hatilah ketika menulis, nak mengumpat, kutuk ke terpulanglah sebab di belakang orang, itu dosa kalian.

“Jangan sampai menulis dan jatuh fitnah pada seseorang. Saya tengok dia ada suami, ada anak. Saya sedih kenapa buat macam ni,” luahnya.

Sebelum ini, kecoh dalam laman sosial selepas tular foto yang didakwa aksi mesra Shakilla bersama seorang lelaki yang sudah berumahtangga dan mempunyai anak.

Namun, Shakilla menegaskan itu adalah gambar lama yang disebarkan pihak tertentu ketika lelaki terbabit sudah pun bercerai dengan isterinya.

Rumah tangganya dengan Fizi pada 18 Februari 2018 berakhir selepas tiga tahun mereka bersama dan dikurniakan seorang puteri, Ameena Sofia, 4. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI