KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil langkah yang lebih jauh untuk bersama-bersama dalam kalangan pemimpin dunia mendepani isu Palestin.
Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir berkata, beliau namun tidak menafikan apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia sebelum ini berhubung Palestin.
“Meskipun saya tidak menafikan apa dilakukan pemimpin Malaysia sebelum ini sebab Malaysia terkenal sebagai negara sentiasa perjuangkan hak dan kebebasan rakyat Palestin.
“Setiap Perdana Malaysia ada peranan mereka, tetapi dalam konteks Perdana Menteri kita (Anwar), beliau mengambil langkah yang lebih jauh untuk bersama-sama dalam kalangan pemimpin Islam di seluruh dunia termasuk pemimpin bukan Islam,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) berhubung kenyataan Anwar iaitu dalam sejarah ada anak Malaysia (Perdana Menteri Malaysia) mengambil keputusan keliling dunia Arab untuk menyatakan pendirian Malaysia dalam isu Palestin.
“Adakah ini kali pertama kita laksanakan agenda ini sebab barisan Perdana Menteri kita sebelum ini pun cukup tegas? Datuk Seri Najib Tun Razak (bekas Perdana Menteri) pernah sampai ke Gaza,” soal Ahmad Fadhli. – KOSMO! ONLINE