fbpx

Cuaca buruk seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda hampir seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak petang ini.

Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), ribut petir dijangka melanda beberapa kawasan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

“Sementara itu, beberapa tempat di negeri Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johot turut diramal mengalami ribut petir.

“Di Sabah, ribut petir dijangka berlaku di kawasan Pantai Barat, Pedalaman, Sandakan, Kudat dan Tawau,” katanya.

Menurut laporan sama, di Sarawak, hujan lebat turut diramal berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI