fbpx

Auntie Purple sekolahkan netizen tentang Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hantaran Auntie Purple di laman Instagramnya

PETALING JAYA – Pempengaruh Auntie Purple membidas sikap segelintir pengguna media sosial yang suka menghukum individu lain berhubung situasi tegang yang berlaku di Palestin ketika ini.

Auntie Purple yang kerap menggayakan pakaian berwarna ungu mula membuka mulut apabila terlihat satu komen yang mengecam peniaga kononnya tidak peka terhadap insiden berdarah di negara bergolak itu.

“Semalam saya lihat ‘live’ ada orang menjual baju, ada satu komen macam (berbunyi) ni ‘Orang tengah perang di Palestin, kau sibuk buat live. Siapa nak beli baju kau ni?”

Melihat komen itu, beliau berkata, orang ramai terutama rakyat Malaysia perlu memahami maksud sebenar ‘solidariti’.

“Cukuplah! Cukup! Ini sudah melampau. Dia buat live meniaga, itu kerja dia. Dia sedang bekerja. Orang bekerja di media sosial dan korang (orang ramai) kecam?” katanya.

Tindakan segelintir pengguna laman sosial yang sering mengecam orang dalam semua hal mengenai Palestin membuatkan ‘Auntie Purple’ meluat.

“Tak ‘update’ (kemas kini) isu Palestine di sosial media, kena kecam. Buat ‘live’ meniaga di sosial media, kena kecam.

“Lambat muat naik kena kecam. Buat reviu kena kecam. Pergi melancong pun kena kecam.

“Masalahnya bila buat pasal (tentang) isu Palestin, bila kurang ‘post’ (hantaran) dikata asal boleh, terlebih ‘post’ dikata ‘terpaling’ Palestin,” luahnya.

Tambahnya, itu cara mereka mencari rezeki di sosial media dan meminta orang ramai supaya memahami.

“Kami bekerja, korang (orang ramai) pun bekerja,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI