fbpx

Anggota polis lakukan CPR pada ular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ular itu mula bergerak atas bantuan Sharma. - NDTV

NEW DELHI, India – Seorang anggota polis di negeri Madhya Pradesh tular selepas menyelamatkan nyawa seekor ular dengan memberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR), lapor stesen penyiaran NDTV.

Polis bernama Atul Sharma itu nekad melakukan CPR untuk menyelamatkan seekor ular yang tidak bergerak selepas ia minum air bercampur racun makhluk  perosak.

Reptilia itu dilaporkan memasuki saluran paip di sebuah kawasan kediaman. Penduduk kemudian cuba mengeluarkannya  dengan menuang racun makhluk perosak.

Ular itu kemudian berjaya dikeluarkan namun ia didapati tidak bergerak. Penduduk kemudian menghubungi polis kerana tidak mengetahui apa yang perlu mereka lakukan.

Setibanya Sharma di lokasi kejadian, dia memeriksa ular itu dengan teliti sebelum meniup udara ke dalam mulutnya selain menyimbah air bersih.

Tidak lama kemudian, ular itu mula bergerak sambil orang ramai bersorak kepada Sharma atas tindakannya.

Sharma mendakwa dia telah menyelamatkan 500 ekor ular dalam tempoh 15 tahun yang lalu. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI