fbpx

2,115 graduan TVET dirai pada Majlis Konvokesyen UTeM ke-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ALOR GAJAH – Seramai 2,115 graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) akan diraikan pada Majlis Konvokesyen Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) ke-19 pada 4 hingga 6 November depan.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Ts. Dr. Massila Kamalrudin berkata, jumlah itu menzahirkan komitmen UTeM dalam memacu pemerkasaan TVET aras tinggi negara.

Katanya, pada masa sama seramai 2,478 graduan ijazah sarjana muda telah lengkap mengikuti pensijilan profesional melibatkan 25 kursus tahap tinggi sekali gus meningkatkan nilai kebolehpasaran mereka.

“UTeM mencatat sejarah sejak penubuhannya 23 tahun yang lalu apabila seramai 3,378 graduan akan mengikuti majlis konvokesyen ke-19 dengan 68 peratus daripada jumlah itu adalah graduan TVET.

“Sesi penganugerahan diploma, ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah akan berlangsung sebanyak enam sesi,” katanya pada sidang akhbar Majlis Konvokesyen UTeM ke-19 di sini, hari ini.

Tambahnya, seramai 56 graduan daripada tiga program separuh masa UTeM akan bergraduasi kali pertama dan 72 graduan menerima pelbagai kategori hadiah akademik.

“Universiti turut menganugerahkan anugerah Profesor Emeritus dan Ijazah Doktor Falsafah secara anumerta, masing-masing kepada seorang penerima,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI