fbpx

Terdedah gas amonia, kawasan Industri Jaya ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan bomba dan anggota polis menutup kawasan terdedas gas amonia di Taman Perindustrian Jaya, Ara Damansara, Petaling Jaya, hari ini.

KUALA LUMPUR – Seluruh kawasan di Taman Perindustrian Jaya, Ara Damansara, di sini ditutup selepas dikesan terdapat kebocoran gas amonia di sebuah kilang memproses ais, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 10.30 malam.

Katanya, sepasukan anggota polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bergegas ke lokasi kejadian.

“Susulan itu pihak polis mengambil tindakan menutup keseluruhan Taman Industri Jaya dan tidak membenarkan orang awam pekerja masuk ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, setakat ini tiada mangsa dilaporkan terkesan dengan kebocoran gas tersebut.

“Penduduk sekitar dinasihatkan agar mendapat rawatan pemeriksaan di hospital berdekatan sekiranya terbau gas atau muntah.

“Pada peringkat awalnya bacaan adalah 200 ppm (bahagian setiap juta) dan keluasan kilang itu 400 meter,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI