fbpx

Seorang maut, 4 hilang selepas dua kapal kargo berlanggar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KERJA-kerja menyelamat dilakukan selepas kapal kargo Varity (kanan atas) bertembung dengan kapal Polesie di luar pantai Heligoland semalam. - Foto News5/AFP/Getty Images

BERLIN, Jerman – Seorang maut manakala empat lagi hilang selepas dua kapal kargo bertembung di luar pantai Heligoland, kepulauan Jerman semalam, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC).

Dua daripada tujuh anak kapal Verity berbendera Britain yang karam selepas kemalangan itu berjaya diselamatkan, manakala usaha menyelamat masih diteruskan.

Kapal kargo The Verity itu dalam pelayaran ke Britain dari bandar Bremen, Jerman.

Ia  dilaporkan bertembung dengan kapal Polesie dari Hamburg yang menuju ke La Coruna, Sepanyol sekitar jam 5 pagi (waktu tempatan).

Namun, tiada seorang pun daripada 22 anak kapal  Polesie yang mengalami kecederaan.

Dua kapal penyelamat maritim Jerman, sebuah helikopter tentera laut dan sebuah bot polis dikerah dalam usaha mencari mangsa-mangsa, demikian menurut perkhidmatan menyelamat.

Bagaimanapun, punca perlanggaran masih belum diketahui. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI