fbpx

Piala AFC: Sabah akur kekuatan Haiphong FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN Sabah, Ko Kwang Min cuba mengatasi kawalan pemain Haiphong pada aksi ketiga Kumpulan H Piala AFC di Stadium Lach Tray, sebentar tadi. - AFC

KUALA LUMPUR – Hasrat Sabah untuk mengekalkan rekod bersih dalam tiga perlawanan awal Kumpulan H Piala AFC tidak terlaksana apabila tunduk 3-2 kepada kelab Vietnam, Haiphong FC di Stadium Lach Tray, sebentar tadi.

Penjaga gol Sabah, Damien Lim menjadi individu paling kecewa khususnya di sepanjang 45 minit pertama kerana dilihat gagal membaca dengan lebih baik sepakan pemain lawan hingga menghadiahkan dua jaringan buat tuan rumah.

Sekalipun hantaran lintang yang dilakukan Nguyen Huu Son pada minit ke-14 gagal menemui rakan sepasukan, situasi itu jelas mengelirukan Damien yang tidak mampu melakukan tindakan untuk menepis bola keluar.

Selang empat minit selepas itu, Dam Tien Dung terus mengukuhkan kedudukan Haiphong FC dan walaupun Sabah mula menggandakan usaha, ia seakan belum cukup untuk menghasilkan ‘jaringan semangat’ sekaligus membiarkan kelebihan dua gol buat tuan rumah.

Sabah tampil aksi lebih baik di babak kedua dengan mengatur beberapa gerakan menarik ke kubu Haiphong FC namun tuan rumah juga tidak kurang hebatnya dan cukup merbahaya dalam situasi serangan balas.

Minit ke-71, Ramon Machado akhirnya meledak gol pertama Sabah namun jaringan itu sekadar bertahan seminit apabila Tien Dung menyempurnakan peluang terhidang untuk menghasilkan jaringan ketiga Haiphong.

Sebaik aksi memasuki minit ke-80, pemain gantian The Rhinos, Gary Steven Robbat sekali lagi menghidupkan perjuangan pelawat menerusi rembatan deras dari luar kotak penalti namun ia seakan sudah terlambat untuk melepaskan tiga mata buat Haiphong FC.

Sabah berpeluang menebus kekecewaan ini apabila bakal melayan kunjungan skuad The Flamboyant di Stadium Likas, 9 November ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI