fbpx

Pelbagai dadah bernilai RM8.89 juta dilupuskan Polis KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allaudeen (kiri) menunjukkan barang kes yang akan dilupuskan pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh AMIN AZMAN/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai RM8.89 juta yang dirampas bermula tahun 2001 hingga tahun 2021 membabitkan 2,894 kertas siasatan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, dadah itu dilupuskan selepas mendapat perintah mahkamah berikutan prosiding mahkamah selesai dan tempoh rayuan bagi hukuman yang dikenakan kepada pesalah terbabit tamat.

Kata beliau, pelupusan dadah tersebut akan dijalankan Pusat Rawatan Sisa Kualiti Alam Sdn. Bhd., Ladang Tanah Merah A3 Division, Bukit Pelandok, Negeri Sembilan.

“Pelupusan barang kes pada kali ini melibatkan jenis empat jenis dadah iaitu methamphetamine sebanyak 36.11 kilogram (kg), heroin (34.15 kg), ganja (72.24 kg), ketamin (1.48 kg) dan air ketum (871 liter).

“Turut dilupuskan adalah lain-lain bahan kimia yang digunakan untuk memproses dadah ialah pepejal 179.68 kg dan cecair 36.78 liter,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini.

Jelas beliau, dianggarkan keseluruhan berat dadah yang dilupuskan adalah 325.32 kg dan 907.58 liter.

“Jumlah harga pasaran bagi kesemua dadah berkenaan dianggarkan bernilai RM8.89 juta. kebolehgunaan meliputi 250,000 pengguna,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI