fbpx

Melly Goeslaw kutip lebih RM100,000 untuk Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MELLY GOESLAW merayu semua pengikut Instagramnya untuk membantu sedaya mampu sama-sama meringankan beban umat Islam di Palestin.

MESKIPUN sudah menyalurkan lebih RM20,000 kepada sebuah tabung Palestin hasil jualan barangan peribadi, kebaikan penyanyi dan komposer tersohor seberang, Melly Goeslaw tidak berhenti di situ.

Kali ini, pelantun lagu Ada Apa Dengan Cinta itu turut meraih sokongan peminatnya sehingga meraih jumlah pungutan derma melebihi RM100,000.

Perkara tersebut dikongsikan menerusi Instagram dengan menyatakan rasa terharu kerana usaha kecilnya mahu meringankan beban rakyat Palestin yang berdepan kekejaman Zionis menjentik hati orang lain.

Melly turut meminta masyarakat supaya terus mendoakan serta tidak berhenti menyalurkan sumbangan kepada rakyat Palestin yang berjuang di bumi Gaza.

Pada masa sama, dia menyeru kepada 16.5 juta pengikutnya untuk sama-sama menderma serendah 10,000 rupiah (RM3)untuk tabung bantuan Palestin di negara tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI