PELAKON dan pengacara sensasi, Nikita Mirzani menerima kecaman netizen apabila mengungkapkan isu Palestin-Israel selain hal politik dalam media sosial.
Artis yang terkenal dengan imej seksi itu dikatakan menyuarakan keinginan mahu membantu mereka yang kini berjuang di Gaza dan berdepan ancaman Zionis.
Malah Nikita, 38, membuat pengakuan sedang mencari maklumat berkaitan penerbangan ke Palestin ketika konflik berdarah itu mengorbankan banyak nyawa.
Dalam hantaran Instagram Story, hos jemputan program D’Cafe itu meluahkan keinginannya ke Palestin yang kemudian ditularkan netizen.
“Penerbangan ke Palestin ditutup tak atau ada cara lain berangkat ke sana, tolong kongsi informasi,” itu antara pertanyaannya.
Rentetan itu, aktres terbabit dijadikan ‘troll’ atau kecaman dalam gelanggang media sosial dengan rata-rata pemerhati dunia hiburan mentertawakan keinginannya itu.
Masing-masing mendakwa perkara tersebut sebagai antara caranya mengejar sensasi. sekaligus sengaja mengundang kontroversi.