fbpx

Konflik Palestin-Israel: Hamas bukan pengganas, ia pejuang pembebasan – Erdogan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Erdogan menyampaikan ucapan semasa Perhimpunan Kebangsaan Besar Turkiye di Ankara hari ini. - AFP

ANKARA – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menegaskan bahawa kumpulan Hamas bukan organisasi pengganas, sebaliknya pejuang pembebasan yang bertempur untuk melindungi tanah airnya, lapor laman berita Gulf News hari ini.

Dalam ucapannya kepada ahli parlimen, Erdogan berkata, Israel telah mengambil kesempatan daripada niat baik Turkiye. Justeru, beliau memutuskan untuk tidak mengunjungi wilayah haram itu seperti yang dirancang sebelum ini.

Erdogan turut menggesa agar gencatan senjata segera dilakukan antara Israel dan Hamas, selain meminta negara-negara Islam bekerjasama untuk keamanan yang berkekalan serta menyeru kuasa-kuasa dunia agar menekan Rejim Zionis supaya menghentikan serangan.

“Kami mempunyai projek dengan kerjasama Israel tetapi ia dibatalkan, kami tidak akan meneruskannya,” kata Erdogan hari ini.

Selain itu, Erdogan menyatakan kehampaannya terhadap ketidakupayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk bersetuju dengan resolusi berhubung pengeboman Rejim Zionis ke atas Semenanjung Gaza dan menyeru gencatan senjata kemanusiaan di enklaf itu. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI