fbpx

Keberanian jurugambar Palestin, Motaz Azaiza mendapat pujian dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Israel menyerang rumah keluarga Motaz Azaiza di kem pelarian Deir al-Balah, menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 15 ahli keluarga, yang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

PETALING JAYA – Pada saat genting di Gaza, Motaz Azaiza berani menyampaikan gambaran menyayat hati tentang kehidupan rakyat Palestin.

Dengan lebih lapan juta pengikut di Instagram, dia bukan sahaja memaparkan penderitaan melalui imej dan video tetapi juga mengambil risiko besar untuk terus melaporkan apa yang berlaku.

Sejak serangan Israel ke atas Gaza, Azaiza terus berada di posisi barisan hadapan dan mengambil serius peranannya sebagai seorang jurugambar.

Dia telah mengambil tanggungjawab untuk berkongsi gambar dan video tragis yang berlaku di negara bergolak itu.

Imej-imej yang menyayat hati ini memberikan gambaran ngeri tentang realiti yang dihadapi oleh mereka terutamanya bagi kanak-kanak yang tidak bersalah.

Salah satu detik penting ialah apabila Azaiza berkongsi rakaman mengejutkan mengenai kemusnahan di Kota Al Zahra.

Visual ini telah membuka mata dunia terhadap tingkah laku terkutuk Israel dan meningkatkan kesedaran dunia untuk memberikan sokongan dan bantuan yang amat diperlukan kepada rakyat Palestin.

Walau bagaimanapun, Azaiza menghadapi cabaran teknologi apabila sambungan rangkaian yang sangat terhad.

Untuk terus melaporkan, dia telah menggunakan penjana kuasa untuk mengecas telefon dan peranti menjadikan ketabahannya lebih mengagumkan.

Keberaniannya telah mendapat pujian dan pengiktirafan dari seluruh dunia, menjadikannya seorang pahlawan moden yang berdedikasi untuk menyuarakan perjuangan Palestin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI