fbpx

Dewan Rakyat: Projek lebar Lebuh Raya Karak mula suku kedua 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Projek pelebaran jalan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) akan dilaksanakan pada suku kedua tahun 2024.

Projek yang bakal dijalankan oleh syarikat konsesi Anih Berhad (Anih) itu melibatkan jajaran bermula dari Plaza Tol Gombak ke persimpangan Central Spine Road, Bentong.

Jelasnya, ia turut merangkumi sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) iaitu kutipan tol tanpa henti, bagi melancarkan pergerakan trafik di plaza tol berkenaan.

“Projek ini dijangka dapat menyediakan lebuh raya selesa, cepat, mudah, cekap dan mampu tangani masalah kesesakan yang sering berlaku di KLK lebih-lebih lagi ketika musim perayaan, cuti umum dan hujung minggu.

“Lampu di jajaran Gombak, Terowong Genting Sempah ke persimpangan Central Spine Road yang termasuk dalam skop pelebaran yang akan dilakukan pun sudah dipasang.

“Anih Berhad juga sudah melaksanakan obligasi untuk memasang lampu di KLK seperti terkandung dalam perjanjian konsesi,” katanya di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) tentang rancangan jangka pendek dan panjang untuk mengatasi kesesakan lebuh raya di Plaza Tol Gombak dan Bentong. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI