SEBERANG PERAI – Seorang wanita terselamat dalam kejadian terjun dari Kilometer 3.4 Jambatan Pulau Pinang, dari Perai menghala ke pulau, malam tadi.
Mangsa berjaya diselamatkan nelayan pantai yang ketika itu berada berhampiran lokasi mangsa terjun.
Jurucakap bomba negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 7.10 malam tadi.
Menurutnya, identiti mangsa termasuk umur dan bangsa masih belum dapat dikenali pasti.
“Apabila pasukan bomba tiba di tempat kejadian didapati terdapat seorang mangsa telah terjun ke laut di KM 3.4. Mangsa yang terjun diselamatkan nelayan yang berada di lokasi dan mangsa di bawa ke jeti nelayan di Butterworth,” katanya di sini, sebentar tadi.
Mana-mana individu yang mempunyai masalah kemurungan atau menghadapi tekanan boleh menghubungi Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (MHPSS) di 03-29359935 atau 014-3223392 atau Talian Kasih 15999/WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999. – KOSMO! ONLINE