fbpx

[VIDEO] Anak-anak Palestin kibar bendera Malaysia tanda terima kasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video klip kanak-kanak Palestin mengibarkan bendera Malaysia selepas menerima bantuan makanan.

PETALING JAYA – Rakyat Malaysia yang menetap di Gaza, Nurul Ain berkongsi rakaman video klip penduduk di Gaza, Palestin menerima bantuan makanan.

Menerusi perkongsian di Facebook, kanak-kanak di sana beratur untuk menerima makanan dan jajan yang diberikan.

“Senyumlah anak-anak, Insya-Allah semuanya akan okey. Kepada penderma, terima kasih berkongsi rezeki dengan kita. Semoga dirahmati Allah,” kata Nurul Ain.

Turut kelihatan di dalam video tersebut kanak-kanak mengibarkan bendera Malaysia dan mengucapkan terima kasih kepada Malaysia.

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai turut meninggalkan komen mereka selepas melihat video ini.

“Bila ada anak yang jerit terima kasih Malaysia rasa nak peluk mereka. Ya Allah, kasihanilah mereka,” kata Qurratu’aini Khiruddin.

Seorang lagi pengguna laman sosial mendoakan keselamatan dan semoga mereka dalam jagaan Allah.

“Teruskan buat benda yang baik,” kata Amy Ada.

Terdahulu, Nurul Ain turut berkongsi dirinya dan suami membeli barangan bantuan kepada penduduk Gaza yang terjejas berikutan peperangan yang berlaku dengan Rejim Zionis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI