fbpx

Ribuan peserta berpakaian putih banjiri Himpunan Malaysia Bersama Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peserta Himpunan Malaysia Bersama Palestin yang hadir lebih awal menunaikan solat fardu maghrib dimamkan oleh Sheikh Ar Rami As Sousi, di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil di sini hari ini.

BUKIT JALIL – Ribuan rakyat Malaysia termasuk golongan muda tidak melepaskan peluang menyertai Himpunan Malaysia Bersama Palestin yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Axiata Arena, Bukit Jalil, hari ini.

Tinjauan Kosmo! mendapati, orang ramai mula memenuhi perkarangan stadium berkenaan seawal pukul 5.30 petang dengan berpakaian putih sambil membawa sepanduk masing-masing bagi menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin.

Menurut seorang peserta perhimpunan, Sharifah Fatimatiz Zahra Syed Haron Al-Qadry, 36, perhimpunan malam ini diharapkan dapat menjadi bukti keprihatinan serta solidariti rakyat Malaysia terhadap rakyat Palestin.

“Rakyat Malaysia perlu buka mata dan bantu saudara-mara kita di Palestin selagi boleh.

“Kita tidak mampu membantu dengan cara mengangkat senjata, jadi cukuplah dengan memberi dana supaya rakyat Palestin dapat menggunakannya untuk membiayai kos-kos perubatan, makanan dan sebagainya,” katanya.

Menurut Daniela Sofea Ain Shamsuddin, 19, dia dan tiga rakannya, Nurul Aqilah Mohd Zaidi, Hanim Natasya Ahmad Nordin dan Nur Izzah Syuhada Mohd Faizal datang ke perhimpunan itu menggunakan pengangkutan awam.

“Walaupun esok kami ada kelas pada pukul 8 pagi, kami gagahkan juga datang himpunan hari ini.

“Selain bersedekah atau berkongsi hantaran di laman sosial, ini juga merupakan salah satu cara intuk orang muda seperti kami menunjukkan solidariti bersama rakyat Palestin,” katanya ketika ditemui wartawan Kosmo! – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI