fbpx

Pemancing naikkan ikan mulut buaya terbesar dunia berat 128 kilogram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Weston menaikan ikan mulut buaya seberat lebih 128 kilogram sebelum melepaskannya semula. – Facebook

AUSTIN, TEXAS – Seorang pemancing memecah rekod negeri dan dunia apabila menaikkan seekor ikan gar aligator atau ikan mulut buaya seberat hampir 136 kilogram menggunakan joran dan tali pancing 6 pound (2.7 kilogram) , lapor agensi berita United Press International semalam.

Art Weston sedang memancing bersama jurupandu daripada Persatuan Sukan Memancing Ikan Antarabangsa, Kirk Kirkland apabila jorannya disentap ikan gergasi itu di Tasik Sam Rayburn, negeri Texas.

Ikan ganas itu berukuran panjang 254 sentimeter, 121 sentimeter bagi ukur lilit dan berat 128.3 kilogram. Ikan itu juga dipercayai berusia kira-kira 100 tahun.

Rekod dunia sebelum ini untuk ikan air tawar yang ditangkap dengan tali pancing tersebut adalah seberat 53 kilogram.

Sementara itu, rekod kategori keseluruhan sebelumnya untuk ikan aligator gar ialah 126.5 kilogram yang dicatatkan pada 1951, kata Persatuan Ikan Perlawanan Antarabangsa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI