CARDIFF – Sebuah kedai menjual satu bekas kentang goreng pada harga hanya 5 pence (RM0.29 sen) di Wales berikutan kadar kos hidup yang tinggi, lapor portal berita Daily Express semalam.
Pemilik Iestyn’s Fish Bar, Iestyn Evans, 28, di Pontypool, Wales menawarkan jualan murah dengan mengurangkan harga asal kentang goreng itu untuk satu bekas.
Bagaimanapun, ia hanya ditawarkan kepada pelanggan dalam tempoh dua jam pada hari-hari tertentu yang dipilih secara rawak setiap bulan, tetapi pada kebiasaannya ia dijual pada setiap Selasa.
Sejak memperkenalkan tawaran itu, Evan melihat ramai pelanggan yang lapar beratur di luar kedainya.
Dia mendakwa: “Ia sangat popular untuk kami. Kami mempunyai ramai orang yang datang sejak itu terutamanya mereka yang agak kecewa kerana terlepas peluang tersebut. Mereka seperti menyatakan bilakah hari 5p seterusnya?’” – AGENSI