fbpx

‘Orang cakap berdua senang, tapi kami hanya cukup makan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAZATUL menunjukkan ubat-ubatan yang perlu diambil selepas disahkan menghidap penyakit kanser rahim sejak tahun 2020.

RAWANG – Seorang wanita me­nempuh ujian hebat apabila di­sahkan menghidap kanser rahim sejak tiga tahun lalu.

Nazatul Azua Cha, 40, berkata, sebelum ini, dia bekerja sebagai pembantu klinik, namun kini bergelar suri rumah sepenuh masa selepas menjalani pembedahan membuang rahim pada tahun sama.

Menurut Nazatul, dia kini bergantung dengan suaminya, Nazran Mohd., 43, yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) yang bekerja sebagai pekerja p-hailing selepas diberhentikan kerja akibat pandemik dengan pendapatan kira-kira RM1,400 sebulan.

“Selepas berhenti kerja, saya bekerja di sebuah pusat dialisis, tetapi hanya bertahan selama dua bulan. Apabila berdiri dalam tempoh lama, kaki saya akan membengkak sehingga sukar untuk berjalan.

“Apabila dirujuk ke hospital, doktor beritahu sewaktu menjalani pembedahan membuang rahim, limpa turut dibuang sekali. Jadi darah saya tidak dapat berfungsi dengan baik.

“Setiap kali berjalan atau berdiri lama kaki kiri akan mula berasa sakit. Saya cuba memohon pekerjaan lain, tetapi sukar nak dapat atas faktor kesihatan dan usia,” katanya kepada Kos­mo! baru-baru ini.

Nazatul memberitahu, dia pernah membuat pinjaman untuk memulakan perniagaan secara dalam talian, namun usaha itu tidak bertahan lama.

Jelasnya, walaupun tinggal berdua, kos sara hidup dan perubatan yang tinggi membuatkan kehidupan mereka sekadar cukup makan, malah adakalanya terpaksa meminjam.

“Kos ulang-alik ke Hospital Ampang cecah RM120 selain makanan tambahan sebanyak RM250 sebulan. Orang cakap senang hidup berdua, tetapi setiap bulan kami hanya cukup-cukup makan,” katanya.

Orang ramai yang ingin meng­hulurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank bernombor 162013260024 atau ­hubungi Nazatul di talian ­018-211 0493.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI