fbpx

Mindef, JHEV cakna nasib warga veteran 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azahar (duduk) bertanya khabar Md. Saat sewaktu melawat kediamannya di Kepong, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Seorang balu dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terharu menerima bantuan Kementerian Pertahanan (Mindef) dan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) menerusi Program Peduli Veteran Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kedua-dua mereka yang diuji masalah kesihatan menerima bantuan secara one-off berupa lampin pakai buang dan kotak makanan Rahmah yang disampaikan Pe­nga­rah JHEV Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Komander Azahar Ngah Ahmad.

Kapten Md. Saat Muda, 79, yang sebelum ini berkhidmat di bawah Kor Perkhidmatan Am kini terlantar selepas diserang pe­nyakit angin ahmar sejak 2021.

“Walaupun sakit, semangat tentera masih tinggi dalam diri membuatkan saya kuat untuk mengharungi dugaan ini.

“Saya menghargai sumba­ngan Mindef dan JHEV serta gembira menerima lawatan rakan terdekat,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kepong.

Difahamkan, Md. Saat yang hanya berkhidmat selama 17 tahun tidak mempunyai pencen, namun menerima bantuan sara hidup sebanyak RM300 sebulan.

Habsah bersama bantuan berupa lampin pakai buang dan kotak makanan Rahmah sumbangan Mindef dan JHEV.

Sementara itu, seorang balu veteran ATM, Habsah Amat, 79, yang mengalami sakit saraf turut menerima kunjungan.

Habsah dijaga anak perempu­annya, Sarizan Ahmad, 62, selepas kematian suami, Sarjan Ay. Ahmad Abdullah pada Jun 2016.

Sarizan berkata, dia bergilir-gilir bersama abang untuk menguruskan ibunya terutama bagi membuat pemeriksaan di hospital dan membeli barangan keperluan termasuk ubat dan lampin.

“Saya ucapkan terima kasih bagi pihak ibu, hanya tuhan sahaja dapat membalas jasa JHEV dan Mindef,” ujarnya sebak.

Dalam pada itu, Azahar menasihatkan semua veteran agar menghubu­ngi serta melibatkan diri dengan persatuan ketika ketika masih sihat.

Veteran ATM yang memerlukan bantuan atau maklumat lanjut boleh hubungi talian 03-2050 8000 dan 03-2697 6600 atau imbas kod QR tertera.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI