fbpx

Malaysia tetap pertahan Palestin, tidak gentar ugutan negara besar – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika menyampaikan pidatonya dalam Himpunan Malaysia Bersama Palestin yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini, hari ini. FOTO oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI

BUKIT JALIL – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaskan umat Islam perlu bangkit dan bersatu padu untuk mempertahankan hak bumi Palestin daripada terus dijajah rejim Zionis.

Dalam ucapannya ketika Pidato Kemuncak Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Stadium Arena Axiata malam tadi, beliau menegaskan, Malaysia tidak akan tunduk dengan ugutan-ugutan dari negara-negara besar yang membela hak Israel.

“Kita rakyat Malaysia sememangnya tegas dalam mempertahankan hak Palestin. Dari jauh kita sokong kerana apa yang berlaku telah menyentuh hati nurani kita.

“Semua ini kerana kita tahu apa itu erti ihsan, kemanusiaan dan keadilan dalam melawan kezaliman rejim Zionis,” katanya.

Anwar berkata, beliau baru pulang dari lawatan ke Turkiye dan Mesir bagi membincangkan isu Palestin bersama pemimpin-pemimpin Islam.

Tambahnya, tidak ada solusi mudah untuk menyelesaikan konflik Palestin-Israel yang sedang meruncing.

“Saya ingin rakyat Malaysia faham, tidak ada pemimpin dunia Islam akan mengakui penyelesaian adalah mudah kerana Israel sudah bongkak dengan sokongan dari Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah.

“Kemungkinan untuk Israel memasuki Palestin adalah sangat tinggi, tetapi kita umat Islam yakin dengan pertolongan Allah S.W.T.

“Kita harus terima kenyataan, keadaan akan menjadi parah, semuanya kerana keangkuhan dan kesombongan Israel,” katanya.

Menurutnya, beliau akan terus mempertahankan Palestin selagi diberi mandat sebagai Perdana Menteri.

“Saya sebut kamu (negara sokong Israel) salah pilih orang, Malaysia negara bebas dan merdeka. Kita kekal negara berdaulat akan pertahankan kebebasan Palestin.

“Selagi saya diberi mandat, saya tak takut terima ugutan, kita akan lawan,” katanya

Terdahulu, hampir 15,000 orang berpakaian putih membanjiri Axiata Arena sempena Himpunan Malaysia Bersama Palestin bagi menunjukkan sokongan masing-masing terhadap Palestin.

Sepanjang malam, himpunan tersebut turut digemakan dengan laungan takbir serta ‘bebaskan Palestin’, ‘hancur Israel’ dan ‘Israel Cuak’.

Turut hadir dalam himpunan malam ini ialah Menteri Pertanian Keterja­minan Makanan, Datuk Seri Mo­hamad Sabu, Menteri Pertahanan; Datuk Seri Mohamad Hasan serta Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aiman Athirah Sabu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI